Q1. Apa tu actually metering system?
Metering System tu sedikit sebanyak boleh dikatakan cara/syatem mengukur berapa banyak cahaya perlu masuk kedalam kamera kita untuk mengasilkan sesuatu gambar..
Photography ialah cahaya.. tiada cahaya, maka tiada gambar..
Q2. Penting ke Metering tu...
Huh.. bukan saja penting, malah ia ialah core dalam photography nie..
Dengan metering yg betul, gambar yang baik atau gambar yang dikehendaki dapat dihasilkan.
Q3. Macam mana nak buat metering tu.. macam mana ukur berapa banyak cahaya kita perlu??
Cakap pasal metering nie, ada beberapa cara n beberapa alatan yg boleh digunakan untuk membuatnye..
Tapi untuk cara yg lebih praktikal dan saya rasa yang lebih banyak digunapakai pada kita semua sini.. biarla kita diskus 1 cara saja.. iaitu metering guna kamera kita sendiri..
Dalam kamera kita ada satu alat yg mengukur berapa banyak cahaya yang masuk kedalamnye..
Bila kita halakan lens kita pada sesuatu scene.. cahaya dari persekitaran akan jatuh pada scene tu dan dipantulkan kedalam kamera.. kemudian ia akan membuat ukuran dan bacaan nya..
Background: Incident vs Reflected Light
Semua meter cahaya dalam kamera mempunyai kecacatan asas: mereka hanya boleh mengukur cahaya terpantul. Ini bermakna yang terbaik yang mereka boleh lakukan ialah meneka berapa banyak cahaya sebenarnya yg hit subjek.

Jika semua objek yang memantulkan peratusan incident light yang sama, ok la, tapi masalahnya pantulan cahaya setiap objek berbeza. Atas sebab ini, piawai in-camera metering berdasarkan luminance cahaya yang akan dapat dilihat dari objek yang muncul sebagai tengah kelabu. Jika kamera difokus secara langsung pada objek lebih cerah @ lebih gelap dari kelabu, meter cahaya kamera akan kurang @ lebih exposure..sbb tu gambar kadang2 terlebih cahaya @ gelap.
setiap kamera mempunyai beberapa pilihan permeteran.
![]() | ![]() | ![]() | ||
| Center-Weighted | Partial Metering | Spot Metering |
|---|
Kawasan putih akan diutamakan untuk kiraan exposure, kawasan hitam akan diabaikan. Setiap rajah pemeteran di atas mungkin juga akan ditempatkan di luar pusat, bergantung kepada pilihan pemeteran dan titik autofocus digunakan.



No comments:
Post a Comment